Seringkali senyuman terukir
Biarlah secantik budi bahasa
Biarlah seiring rasa gelora
Membayangkan semanis bicara
Tak terungkap dengan kata-kata luhur
Senyuman penuh tulus
Yang datang dari dalam hati
Penuh suci dan murni
Buat santapan nurani
Bina budi pekerti teragung
Usah biarkan senyuman
Berpalit penuh rahsia
Penuh dengan tanda tanya
Bernada sindiran
Pasti tanpa keikhlasan
Kerna senyuman
Hidupmu seindah suria
Senyuman itu bukankah suatu sedekah
Ya.........
Bagi mereka
Yang mahu mengerti
Tidak.......
Bagi mereka yang sangsi....
No comments:
Post a Comment