Sunday, August 23, 2015

Pulau mabul...






Kali ini aku akan ceritakan di setiap tempat  yang aku pegi... He he he... Kenalah satu persatu agar dapat memberi sedikit informasi kepada mereka yang jarang travel... Aku mulakan dengan pulau mabul, amat indah dan boleh dikatakan pelancong serata dunia akan datang dan berkunjung ke sini untuk melihat sendiri dan menikmati keindahan alam semula jadi. Tak perlu risau, berbagai penginapan dan package di sediakan, dari murah hinggalah untuk yang berkemampuan... Yang mana ingin belajar scuba diving pun di sediakan. Kenalah belajar dan ambil lesen dulu ya, dari peringkat rendah  pertengahan dan dalam. Aku dah lama ada lesen okayyyy.. He he he.... Harga pun berbeza mengikut package di tempat penginapan tersebut . ada juga yang menginap di tempat lain, tetapi makan pun di tempat lain. Tempat makan janganlah risau  banyak dan penduduk kampung pun ada membuka kedai makan secara kecil-kecilan dan harga nya tidaklah mahal. Jika mahu bersiar2 di Pulau2 yang berdekatan pun ada package di sediakan . aku syorkan untuk yang baru mahu bercuti dan pertama kali, lebih baik ambil package yang di sediakan. Dan di situ boleh menilai harga mengikut hari, dan mana2 tempat yang di sukai... Jika ada kemampuan dan mahu lebih keselesaan. Boleh menginap di borneo divers, scuba junkie, sipadan Beach resort, jika banyak duit sangat ... nak lebih lagi, menginap lah di bunglow Beach resort... He he he... Yang penting ikut kemampuan untuk diri dan keluarga....... Jangan kata aku tak ingatkan yerrr... Selamat bercuti.....

No comments:

Post a Comment

}, 10);