Monday, August 31, 2015
Rindu Padamu...
Andai dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat dirimu
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri...
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Biarlah kau tahu kasih dan cinta ku
Hanya untuk mu.
Rindu ku hanya padamu
Kasih ku yang tulus buatmu
Setia ku balas kasih mu....
Buat Renungan.....
Ternyata tidak semua orang yang kita
Lihat selalu tersenyum, ceria dan bahagia.
Di depan kita hati dan jiwanya pun bahagia...
Di antara mereka ada yang hati dan jiwanya sedang di landa kesedihan,
Kerana berbagai permasalahan, namun
Mereka tidak ingin menampakkan
Dan menceritakan kepada orang lain.
Mereka lebih memilih untuk menceritakan pada Allah saja dalam sujud dan doa
Dengan harapan agar Allah memberikan jalan keluar yang terbaik.
Itulah alasan mengapa mereka menyembunyikan kesedihan dan menjadikan di sebalik senyuman dan keceriaan.
Mereka bahagia dengan pilihan itu
Semoga kita juga mampu melakukannya
Aminnnnn........
Lihat selalu tersenyum, ceria dan bahagia.
Di depan kita hati dan jiwanya pun bahagia...
Di antara mereka ada yang hati dan jiwanya sedang di landa kesedihan,
Kerana berbagai permasalahan, namun
Mereka tidak ingin menampakkan
Dan menceritakan kepada orang lain.
Mereka lebih memilih untuk menceritakan pada Allah saja dalam sujud dan doa
Dengan harapan agar Allah memberikan jalan keluar yang terbaik.
Itulah alasan mengapa mereka menyembunyikan kesedihan dan menjadikan di sebalik senyuman dan keceriaan.
Mereka bahagia dengan pilihan itu
Semoga kita juga mampu melakukannya
Aminnnnn........
Buat Renungan...
Jangan pernah menyentuh hidup seseorang, jikalau itu hanya akan menghancurkan perasaan nya...
Jangan pernah menatap matanya
Jikalau semua yang kamu lakukan hanya
Bohong semata-mata....
Hal yang paling kejam ialah membiarkannya jatuh cinta
Sementara kamu pula tidak
Mencintainya......
Hampir Tiada...
Hari ini
Kemuncak keikhlasan
Hampir tiada
Sekelumit kejujuran payah di cari
Dalam diri
Sesiapa pun jua
Namun
Di sebalik kedaifan rungkaian
Masih ada antara kita
Walau pun mungkin
1 dalam beribu
2 dalam berjuta
Yang normal sejarah hidupnya
Berkali2 menangkis hipokrit
Berhari2 menepis bongkak
Bermati2 memijak riak yang membuak2
Lalu..... Bersungguh2
Menyemai ihsan dari dasar bumi
Buat pegangan
Mengenali erti ikhlas
Dengan nada bersahaja
Buat pendinding diri
Dari cerobohan hawa nafsu yang rakus
Yang memaksa dunia
Mengukir namanya
Di pentas sandiwara
Tapi sesungguhnya
Aku, dia, mereka dan engkau
Demi nawaitu yang satu
Yang sejak dulu....
Pulau Aman
Jika anda ke negeri Pulau Pinang, janganlah lupa datang ke pulau aman... Pulau Aman terletak di negeri Pulau Pinang, Pulau ini terkenal dengan hasil2 laut... Dan yang paling penting mee udang... Ianya menjadi satu kemestian bagi para pengunjung yang datang ke sini yang ingin merasai sendiri keenakan mee udang.. Amat terkenal dan menjadi salah satu daya tarikan ke sini... Saya pasti anda tidak akan kecewa..... Harga nya amat berpatutan dan anda boleh memilih sendiri... Udang, ketam atau ape saja makanan yang anda mahu...sudah pasti semuanya segar dan yang terbaik...janganlah risau..untuk ke pulau aman sekitar rm8 pegi dan balik... Anda boleh memilih sama ada bermalam atau tak. tempat penginapan ada di sediakan dan anda boleh berjalan2 di sekitar Pulau dan sambil menikmati keindahan perkampungan nelayan dan dari jauh kita boleh melihat tanah besar iaitu bandaraya pulau pinang... Selamat datang ke pulau aman..
Rain Forest Sandakan
Kali ini aku akan bercerita tentang tempat yang harus di kunjungi jika datang ke Sandakan sabah... Rain forest tidak jauh daripada bandar Sandakan terletak di persimpangan menuju ke sepilok dan satu lagi ke Rain forest....semestinya anda harus datang dan melihat sendiri keindahan dan kehijauan hutan di bumi Sabah ini.... Segala aktiviti boleh di jalankan di sini. Seperti jungle tracking dan lain2 lagi .... Aku pasti anda akan merasa puas menikmati alam semula jadi yang terbentang luas.. Sambil melihat berbagai jenis burung2..... Bayaran masuk ke Rain forest hanya sekitar rm5 saja...kedai makan ada di sediakan...sesuai untuk semua yang mahu beriadah dan berehat.... Berbagai kemudahan di sediakan dan faktor keselamatan di utamakan... Insyallah aku jamin anda tetap akan datang berkunjung lagi.... Dan tidak akan dapat melupakan Rain forest Sandakan.... Selamat bercuti buat semua.....
Tuesday, August 25, 2015
Senyuman Biarlah Semanis Bicara
Seringkali senyuman terukir
Biarlah secantik budi bahasa
Biarlah seiring rasa gelora
Membayangkan semanis bicara
Tak terungkap dengan kata-kata luhur
Senyuman penuh tulus
Yang datang dari dalam hati
Penuh suci dan murni
Buat santapan nurani
Bina budi pekerti teragung
Usah biarkan senyuman
Berpalit penuh rahsia
Penuh dengan tanda tanya
Bernada sindiran
Pasti tanpa keikhlasan
Kerna senyuman
Hidupmu seindah suria
Senyuman itu bukankah suatu sedekah
Ya.........
Bagi mereka
Yang mahu mengerti
Tidak.......
Bagi mereka yang sangsi....
Monday, August 24, 2015
FELDA RESIDENCE SAHABAT
Ini adalah salah satu daripada tempat yang aku syorkan juga. Sahabat Beach resort terletak di kawasan sahabat 16,daerah lahad Datu Sabah. Dari lahad Datu ke sahabat Beach resort mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Perkampungan yang baik dan menarik. Di sepanjang pantai nya yang bersih. Pasti akan buat anda tenang dan santai. Harganya juga boleh dikatakan berpatutan. Di samping anda boleh berjalan2 di pesisiran pantai yang cantik... Selamat bercuti.....
MENARA KAYANGAN...
Bagi yang datang bercuti di lahad Datu Sabah, tak kan lengkap jika tidak datang berkunjung ke menara kayangan. Menara kayangan terletak di gunung silam. Bayaran untuk masuk ialah rm5... Dan di pertengahan jalan barulah kita akan berjumpa dengan batu asas. Di sinilah terletaknya menara kayangan. Di had kan hanya 30 orang pada satu-satu masa. Walaupun besar, tinggi dan kukuh. Takut gugur juga beb he he he... Dari atas kita boleh melihat keseluruhan bandar lahad Datu.. Bagi yang ingin jungle tracking, amatlah sesuai dan sangat menarik ,tempat penginapan pun ada di sediakan di samping tempat beriadah. Suasana aman, tenang dan nyaman... Selamat datang...
Kali ini aku akan bercerita tentang bukit larut atau maxwell hill... Bukit larut terletak di Taiping perak, boleh dikatakan, setiap kali aku balik bercuti pasti aku akan datang berkunjung di sini. Kepada yang tidak pernah datang, dan ingin berehat bersama keluarga. Tempat ini amat sesuai. Tenang dan nyaman.. Dari puncak bukit kita boleh melihat keseluruhan bandar Taiping. Berbagai tempat penginapan ada di sediakan . dan amat berpatutan.. Sama ada bersendirian atau bersama keluarga. Pasti anda akan teruja melihat keindahan alam semula jadi.. Selamat bercuti...
Sunday, August 23, 2015
Air Panas Ulu Leggong
Sesekali kenalah mandi sauna untuk kesihatan, he he he... Tempat yang aku syorkan ialah kolam air panas Ulu Leggong yang terletak di baling.. Baling terkenal dengan pelbagai sejarah lama negara kita... Tempat yang menarik, berlatar belakangkan bukit bukau dan hutan... Sesuai untuk berehat bersama keluarga dan buah hati yang tercinta . He he he....selamat bercuti...
Adal...
Pulau adal ni, bukanlah sebuah pusat peranginan, namun kadangkala menjadi pilihan dan persinggahan penyelam lain di sini.. Keadaan pulau yang bersih dan batu karang yang cantik.....kebanyakan daripada pulau mabul... Singgah sekejap jer tauuuu Cantikkan....
Subscribe to:
Posts (Atom)