Wednesday, October 28, 2015
Dah lama aku tak up date blog ni... He he he..... Di sebabkan jadual keje yg padat serta tugas2 yang lain......
Tengah rehat2 sambil mendengar lagu hei kau nyanyian daripada Sandra......
Aku amat tertarik dengan lirik lagu dan music yg di ketengahkan...bersemangat, Amat menarik... Mudah.... Sedap.... Dan suaranya yang kena dengan lagu tu......... Menceritakan tentang seseorang yang sentiasa memandang, namun penuh dengan tanda tanya.... Dan ape yang bermain di dalam fikiran dan di hati... Tetapi tidak pernah meluahkan isi hati dan timbul rasa pertanyaan di dalam diri masing2....... Adakah benar atau tak.... Ia adalah satu persoalan.... Dan akhirnya tiada kesudahan di akhir perhubungan itu..... Wahhhhh...... Semuanya sangsi dan keliru adakah ia setakat rasa di dalam diri masing2........keseluruhan lagu ni terbaikkkkkkk...... Ingat buah hatiku .... Jangan buat aku keliru ya sayang.....he he he .....
Wednesday, September 16, 2015
Renungan......
Dalam mencintai.....
Jangan menjadi
Yang terbaik
Tapi
Jadilah yang paling ikhlas......
Kerana menjadi
Yang terbaik
Akan memaksa
Kita untuk berpura-pura
Tetapi.......
Menjadi yang
Paling ikhlas........
Akan mengajar
Kita untuk bersederhana.
Renungan......
Dalam mencintai.......
Jangan menjadi yang terbaik
Tapi
Jadilah yang paling ikhlas......
Kerana menjadi
Yang terbaik
Akan memaksa
Kita untuk berpura-pura
Tetapi.......
Menjadi yang
Paling ikhlas......
Akan mengajar
Kita untuk bersederhana.
Saturday, September 5, 2015
Kekosongan....
Wahai teman
Bicara dengan aku.... Ertinya kosong padamu
Tiada di mana2 wujudnya kekosongan ini
Mungkin kekosongan dirasai
Ketika engkau rindu
Ketika engkau membenci
Ketika engkau marah
Ketika engkau lapar dan dahaga
Ketika hatimu kosong dek kan rindu
Sebenarnya jiwamu berisi penuh harapan
Berdoalah
Ketika amarah mu memenuhi jiwamu
Sehingga dunia ini kosong di rasai
Sebenarnya jiwamu penuh rasa benci
Jadilah pemaaf
Ketika lapar dan dahaga
Bermaharajalela dalam hidup ini
Sebenarnya kita inginkan kasih dan sayang
Cinta dan pasangan
Rayu dan sendu
Lalu jadilah kita seorang yang bersyukur
Kelak......
Tiada nilai kekosongan
Dalam diri ini.....
Buat renungan....
Mencari kebahagiaan itu
Ibarat mengutip serpihan
Kaca yang pecah.....
Ada yang berjaya mengutip
Dengan banyak dan ada yang
Mengutip paling sedikit....
Tapi tiada seorang pun yang
Berjaya mengutip kesemuanya...
Kerana tatkala mengutipnya
Pasti ada yang terluka.....
Terkadang......
Terkadang.....
Kita harus menghilang
Untuk kita tahu siapa
Yang akan mencari kita
Terkadang.....
Kita harus berlari jauh
Untuk kita tahu siapa
Yang akan mengejar kita
Terkadang.....
Kita harus berjalan ke belakang
Untuk kita tahu siapa
Yang masih berjalan di samping kita
Terkadang.....
Kita harus menangis
Untuk kita tahu siapa
Yang menumpangkan bahu mereka
Dan terkadang.....
Kita juga harus akur dan sedar diri
Di mana kedudukan kita
Untuk semua ini.....
Monday, August 31, 2015
Rindu Padamu...
Andai dapat ku menulis
Nota-nota cinta buat dirimu
Ingin ku titipkan bersama
Semua kuntuman bunga
Yang indah berseri...
Ku sembur haruman mewangi
Bersama kata-kata puji
Biarlah kau tahu kasih dan cinta ku
Hanya untuk mu.
Rindu ku hanya padamu
Kasih ku yang tulus buatmu
Setia ku balas kasih mu....
Buat Renungan.....
Ternyata tidak semua orang yang kita
Lihat selalu tersenyum, ceria dan bahagia.
Di depan kita hati dan jiwanya pun bahagia...
Di antara mereka ada yang hati dan jiwanya sedang di landa kesedihan,
Kerana berbagai permasalahan, namun
Mereka tidak ingin menampakkan
Dan menceritakan kepada orang lain.
Mereka lebih memilih untuk menceritakan pada Allah saja dalam sujud dan doa
Dengan harapan agar Allah memberikan jalan keluar yang terbaik.
Itulah alasan mengapa mereka menyembunyikan kesedihan dan menjadikan di sebalik senyuman dan keceriaan.
Mereka bahagia dengan pilihan itu
Semoga kita juga mampu melakukannya
Aminnnnn........
Lihat selalu tersenyum, ceria dan bahagia.
Di depan kita hati dan jiwanya pun bahagia...
Di antara mereka ada yang hati dan jiwanya sedang di landa kesedihan,
Kerana berbagai permasalahan, namun
Mereka tidak ingin menampakkan
Dan menceritakan kepada orang lain.
Mereka lebih memilih untuk menceritakan pada Allah saja dalam sujud dan doa
Dengan harapan agar Allah memberikan jalan keluar yang terbaik.
Itulah alasan mengapa mereka menyembunyikan kesedihan dan menjadikan di sebalik senyuman dan keceriaan.
Mereka bahagia dengan pilihan itu
Semoga kita juga mampu melakukannya
Aminnnnn........
Buat Renungan...
Jangan pernah menyentuh hidup seseorang, jikalau itu hanya akan menghancurkan perasaan nya...
Jangan pernah menatap matanya
Jikalau semua yang kamu lakukan hanya
Bohong semata-mata....
Hal yang paling kejam ialah membiarkannya jatuh cinta
Sementara kamu pula tidak
Mencintainya......
Hampir Tiada...
Hari ini
Kemuncak keikhlasan
Hampir tiada
Sekelumit kejujuran payah di cari
Dalam diri
Sesiapa pun jua
Namun
Di sebalik kedaifan rungkaian
Masih ada antara kita
Walau pun mungkin
1 dalam beribu
2 dalam berjuta
Yang normal sejarah hidupnya
Berkali2 menangkis hipokrit
Berhari2 menepis bongkak
Bermati2 memijak riak yang membuak2
Lalu..... Bersungguh2
Menyemai ihsan dari dasar bumi
Buat pegangan
Mengenali erti ikhlas
Dengan nada bersahaja
Buat pendinding diri
Dari cerobohan hawa nafsu yang rakus
Yang memaksa dunia
Mengukir namanya
Di pentas sandiwara
Tapi sesungguhnya
Aku, dia, mereka dan engkau
Demi nawaitu yang satu
Yang sejak dulu....
Pulau Aman
Jika anda ke negeri Pulau Pinang, janganlah lupa datang ke pulau aman... Pulau Aman terletak di negeri Pulau Pinang, Pulau ini terkenal dengan hasil2 laut... Dan yang paling penting mee udang... Ianya menjadi satu kemestian bagi para pengunjung yang datang ke sini yang ingin merasai sendiri keenakan mee udang.. Amat terkenal dan menjadi salah satu daya tarikan ke sini... Saya pasti anda tidak akan kecewa..... Harga nya amat berpatutan dan anda boleh memilih sendiri... Udang, ketam atau ape saja makanan yang anda mahu...sudah pasti semuanya segar dan yang terbaik...janganlah risau..untuk ke pulau aman sekitar rm8 pegi dan balik... Anda boleh memilih sama ada bermalam atau tak. tempat penginapan ada di sediakan dan anda boleh berjalan2 di sekitar Pulau dan sambil menikmati keindahan perkampungan nelayan dan dari jauh kita boleh melihat tanah besar iaitu bandaraya pulau pinang... Selamat datang ke pulau aman..
Rain Forest Sandakan
Kali ini aku akan bercerita tentang tempat yang harus di kunjungi jika datang ke Sandakan sabah... Rain forest tidak jauh daripada bandar Sandakan terletak di persimpangan menuju ke sepilok dan satu lagi ke Rain forest....semestinya anda harus datang dan melihat sendiri keindahan dan kehijauan hutan di bumi Sabah ini.... Segala aktiviti boleh di jalankan di sini. Seperti jungle tracking dan lain2 lagi .... Aku pasti anda akan merasa puas menikmati alam semula jadi yang terbentang luas.. Sambil melihat berbagai jenis burung2..... Bayaran masuk ke Rain forest hanya sekitar rm5 saja...kedai makan ada di sediakan...sesuai untuk semua yang mahu beriadah dan berehat.... Berbagai kemudahan di sediakan dan faktor keselamatan di utamakan... Insyallah aku jamin anda tetap akan datang berkunjung lagi.... Dan tidak akan dapat melupakan Rain forest Sandakan.... Selamat bercuti buat semua.....
Tuesday, August 25, 2015
Senyuman Biarlah Semanis Bicara
Seringkali senyuman terukir
Biarlah secantik budi bahasa
Biarlah seiring rasa gelora
Membayangkan semanis bicara
Tak terungkap dengan kata-kata luhur
Senyuman penuh tulus
Yang datang dari dalam hati
Penuh suci dan murni
Buat santapan nurani
Bina budi pekerti teragung
Usah biarkan senyuman
Berpalit penuh rahsia
Penuh dengan tanda tanya
Bernada sindiran
Pasti tanpa keikhlasan
Kerna senyuman
Hidupmu seindah suria
Senyuman itu bukankah suatu sedekah
Ya.........
Bagi mereka
Yang mahu mengerti
Tidak.......
Bagi mereka yang sangsi....
Subscribe to:
Posts (Atom)